

Ultras Malaya?? adakah anda semua pernah mendengar mengenai Ultras Malaya ini..Saya rasa anda semua mesti pernah dengar mengenai ultras malaya ini..Kalau sekali disebut, berapa ramai rakyat Malaysia yang kenal dengan Ultras Malaya? Siapa sebenarnya Ultras Malaya?
Sekadar tahu lagu-lagu Ultras Malaya, sekadar seiring bersama Ultras Malaya, sekadar yakin dan puji Ultras Malaya belum cukup untuk korang kenal dan tahu siapa Ultras Malaya. Ultras Malaya bukan suatu musim. Ultras Malaya bukan suatu jenama dan Ultras Malaya jugak bukan sesuatu persembahan atau organisasi.
"Ultras Malaya" ialah mentaliti. Mentaliti yang dikongsi segenap masyarakat di Malaysia. Masyarakat yang sayang dan cintakan bola sepak Malaysia. Benda ni banyak kali dah disebut sebenarnya cuma kita ni mudah lupa. Jadi, cukup besar atau tidak Ultras Malaya? Cukup kenal ke korang dengan Ultras Malaya? Jawapannya tentulah korang yang menilai sendiri. Nilailah sepanjang 6 tahun kewujudan Ultras Malaya.
Sejauh mana korang mengkaji, sejauh mana korang menghayati, dan sejauh mana korang meneliti pergerakan Ultras Malaya lah yang akan menerbitkan jawapan dalam kepala otak masing-masing. Kalau ditanya driver bus, kalau ditanya makcik kantin, kalau ditanya pengetua sekolah, kalau ditanya towkey cyber cafe, belum tentu diorang boleh jawab apa dan siapa Ultras Malaya dan belum tentu diorang pernah dengar perkataan Ultras Malaya.
Tapi, kalau dulu, Ultras Malaya ni cuma memenuhkan stadium, sekarang, Ultras Malaya yang memeriahkan stadium. Kalau dulu, tak ada siapa pun yang perhatikan Ultras Malaya, tapi sekarang, ada pulak yang kepala banakan Ultras Malaya. Kalau dulu, tak ada siapa pun perasan gerak-geri Ultras Malaya, tapi sekarang, ramai pulak yang dengki dan ada yang nak jatuhkan Ultras Malaya. Kalau dulu, Datuk-Datuk dan Tan Sri-Tan Sri leka bergelak ketawa, sekarang mereka mahu menyekat pergerakan Ultras Malaya.
Dan kalau dulu, Ultras Malaya cuma dikenali sebagai penari di stadium, sebagai pengacau di stadium, budak-budak mentah di stadium dan budak-budak baru di stadium, tapi sekarang, Ultras Malaya adalah nombor satu.di stadium. Masih nombor satu dan akan kekal selamanya sebagai nombor satu.
Jika tuan hamba di luar sana hebat dan lebih arif, ciptalah satu gerakan yang mampu menandingi Ultras Malaya. Jika tidak mampu, jangan berani persoalkan. Jangan berani menafikan dan jangan berani mahu lawan. Sertai kami atau tandingi kami. Jika mahu menjadi nombor satu, tewaskan dahulu nombor satu.
Yang bestnya, bukan time bola je kami ada sekarang ni. Geng-geng kami dah mula menyebarkan dakyah kami ke sukan-sukan lain macam hoki dan jugak futsal. Maknanya semua penyokong pasukan-pasukan yang membawa nama dan bendera Malaysia dah sedar kepentingan menyokong dengan cara yang lebih aktif, dalam sukan apa pun. Sedar yang cara yang kami terapkan adalah lebih bernas dalam menaikkan semangat atlet-atlet kita dari sekadar duduk menonton
disini aku sertakan video- video mengenai ultras malaya
ok untuk entri blog yang seterusnya nanti aku akan menerangkan mengenai gerakan2 ultras yang ada di setiap negeri di Malaysia ini.. Turut disertakan nanti chant2 setiap negeri..harap2 korang semua bcalah yea,walaupun den tahu ramai yang tak minat bola sepak ni..hehehe
hmmmmm....kalau macam ni kan,, ade tak segelintir daripada penyokong- penyokong terlibat dengan perkara negatif??
BalasPadamperkara2 negatif memang ada tapi mereka yang terlibat tidak melakukan perkara tersebut semasa bersama geng2 ultras malaya ini ninie :D
BalasPadamwah.. bola.. aku suka tgk bola bila perlawanan bola nuh gempak.. hehe..
BalasPadam