Alhamdulilah seminggu sahaja lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri..kepada semua yang balik bercuti diharapkan anda semua gembira dengan kehadiran syawal bila bersama keluarga nanti. Jangan main mercun yea terutamanya jenis mercun-mercun yang boleh membahayakan anda semua..
Ok disini rasanya aku ingin mengubah tajuk Blog aku dari tajuk mengenai travel kepada tajuk Ultras Malaya 'until the last rebal'..tajuk lama adalah mengenai pengalaman aku merantau di negeri-negeri lain selama 3-4 hari selepas habisnya SPM..Yea selepas habisnya SPM aku banyak merantau seorang diri melihat negeri-negeri lain yang ada di Malaysia seperti di Selangor,Johor,Negeri Sembilan,Pahang,Perak,Terengganu,Kelantan dan Kuala Lumpur dengan hanya menggunakan duit yang aku bekerja ketika masih belajar di sekolah dulu..
Pengalaman itu memang tak dapat dilupakan, Bagaimana aku terpaksa tidor di Busstop, Menumpang rumah orang dan juga Tidor di masjid akibat daripada bajet yang melebihi dari jangkaan aku. Pengalaman ini merupakan satu daripada pengalaman pahit manis aku..dengan bermodalkan hanya RM250-300 kita boleh melihat negeri orang dengan menaiki kereta api..tapi rasanya kalau tajuk ini yang aku buat mesti tiada siapa yang ingin membacanya..hahaha :)
Ok mengenai tajuk yang akan aku ubah pula adalah mengenai Ultras Malaya yang merupakan penyokong bola sepak sejati di Malaysia ini..selalu kita akan dapat melihat kumpulan Ultras Malaya akan berkumpul apabila adanya perlawanan bola sepak di peringkat antarabangsa yang melibatkan pasukan MALAYSIA..selain bola sepak mereka akan turut sama menyokong pasukan hoki serta futsal negara..dalam Post yang akan datang aku akan menyenaraikan senarai-senarai ultras yang berada di Malaysia ini dan aku akan post sekali Chant2 dan lagu mereka..Ini sudah pastinya lagi ramai yang tak suka nak membaca sebab tak ramai yang meminati sukan..hmm tapi tak kisahlah ini blog aku jadi suka hatilah aku nak post pasal apa sahaja..