Rabu, 21 Ogos 2013

Ultras Malaya Penyokong terbaik di Malaysia.

  
 






 

Ultras Malaya?? adakah anda semua pernah mendengar mengenai Ultras Malaya ini..Saya rasa anda semua mesti pernah dengar mengenai ultras malaya ini..Kalau sekali disebut, berapa ramai rakyat Malaysia yang kenal dengan Ultras Malaya? Siapa sebenarnya Ultras Malaya?

Sekadar tahu lagu-lagu Ultras Malaya, sekadar seiring bersama Ultras Malaya, sekadar yakin dan puji Ultras Malaya belum cukup untuk korang kenal dan tahu siapa Ultras Malaya. Ultras Malaya bukan suatu musim. Ultras Malaya bukan suatu jenama dan Ultras Malaya jugak bukan sesuatu persembahan atau organisasi.

"Ultras Malaya" ialah mentaliti. Mentaliti yang dikongsi segenap masyarakat di Malaysia. Masyarakat yang sayang dan cintakan bola sepak Malaysia. Benda ni banyak kali dah disebut sebenarnya cuma kita ni mudah lupa. Jadi, cukup besar atau tidak Ultras Malaya? Cukup kenal ke korang dengan Ultras Malaya? Jawapannya tentulah korang yang menilai sendiri. Nilailah sepanjang 6 tahun kewujudan Ultras Malaya.

Sejauh mana korang mengkaji, sejauh mana korang menghayati, dan sejauh mana korang meneliti pergerakan Ultras Malaya lah yang akan menerbitkan jawapan dalam kepala otak masing-masing. Kalau ditanya driver bus, kalau ditanya makcik kantin, kalau ditanya pengetua sekolah, kalau ditanya towkey cyber cafe, belum tentu diorang boleh jawab apa dan siapa Ultras Malaya dan belum tentu diorang pernah dengar perkataan Ultras Malaya.

Tapi, kalau dulu, Ultras Malaya ni cuma memenuhkan stadium, sekarang, Ultras Malaya yang memeriahkan stadium. Kalau dulu, tak ada siapa pun yang perhatikan Ultras Malaya, tapi sekarang, ada pulak yang kepala banakan Ultras Malaya. Kalau dulu, tak ada siapa pun perasan gerak-geri Ultras Malaya, tapi sekarang, ramai pulak yang dengki dan ada yang nak jatuhkan Ultras Malaya. Kalau dulu, Datuk-Datuk dan Tan Sri-Tan Sri leka bergelak ketawa, sekarang mereka mahu menyekat pergerakan Ultras Malaya.

Dan kalau dulu, Ultras Malaya cuma dikenali sebagai penari di stadium, sebagai pengacau di stadium, budak-budak mentah di stadium dan budak-budak baru di stadium, tapi sekarang, Ultras Malaya adalah nombor satu.di stadium. Masih nombor satu dan akan kekal selamanya sebagai nombor satu.

Jika tuan hamba di luar sana hebat dan lebih arif, ciptalah satu gerakan yang mampu menandingi Ultras Malaya. Jika tidak mampu, jangan berani persoalkan. Jangan berani menafikan dan jangan berani mahu lawan. Sertai kami atau tandingi kami. Jika mahu menjadi nombor satu, tewaskan dahulu nombor satu.

 Yang bestnya, bukan time bola je kami ada sekarang ni. Geng-geng kami dah mula menyebarkan dakyah kami ke sukan-sukan lain macam hoki dan jugak futsal. Maknanya semua penyokong pasukan-pasukan yang membawa nama dan bendera Malaysia dah sedar kepentingan menyokong dengan cara yang lebih aktif, dalam sukan apa pun. Sedar yang cara yang kami terapkan adalah lebih bernas dalam menaikkan semangat atlet-atlet kita dari sekadar duduk menonton

disini aku sertakan video- video mengenai ultras malaya






ok untuk entri blog yang seterusnya nanti aku akan menerangkan mengenai gerakan2 ultras yang ada di setiap negeri di Malaysia ini.. Turut disertakan nanti chant2 setiap negeri..harap2 korang semua bcalah yea,walaupun den tahu ramai yang tak minat bola sepak ni..hehehe



Jumaat, 16 Ogos 2013

Hati terluka siapa yang tahu, Mesir berdarah siapa yang bantu?

  
      "Anda tidak perlu untuk menjadi rakyat Mesir untuk bersimpati, anda hanya perlu menjadi manusia.."

Pagi rabu 14 Ogos 2013 rakyat islam diseluruh dunia dikejutkan dengan berita dari Mesir..penduduk dan penyokong2 morsi telah diserang dengan membabi buta oleh kerajaan 'Haram' Mesir..

  Disini aku sertakan gambar2 mereka yang syahid di mesir..Biarlah Gambar Berbicara..

pada hari jumaat ini telah dikhabarkan hampir 4000 yang syahid dan 20 ribu dilaporkan cadera akibat daripada peluru-peluru yang dilepaskan oleh tentera zalim mesir ini



Ini bukan di Burma, tapi di Mesir. Mereka dibakar hidup-hidup semata-mata mempertahankan hak & syariat. Allahu Akbar! Laungan dan senjata mereka adalah semata-mata Takbir!


Namun begitu di Malaysia ini masih ada yang menyokong syiah yang memang diketahui sejak awal lagi bahawa mereka ini keturunan yang sesat...golongan yang menyokong syiah ini bukangolongan biasa malah ada golongan cerdik pandai yang menyokong syiah ini..

 




anda boleh baca dan renung-renungkanlah yea..


Isnin, 5 Ogos 2013

Kami Blah Dulu 'BOSS'

        Itulah antara Ayat yang disebut oleh bekas-bekas ahli rakan sepasukan Mendiang Chua Boon Huat atau lebih dikenali sebagai Ah Boon dalam kalangan rakan sepasukan dan sepelatih beliau ketika bersama pasukan kebangsaan..Pagi tadi ketika pasukan hoki kebanggsaan sedang menjalani latihan pagi bagi menghadapi kejohanan piala asia akhir bulan ini..terdapat beberapa pemain serta jurulatih yang merasai ketiadaan Mendiang..

  pada tengah hari tadi mendiang selamat dibakar dan disemadikan di Batu Berendam Melaka..Semua masih terasa dgn kehilangannya. Paling teruk terasa ialah rakan sepasukannya. Di padang latihan, punyalah syg mrk pada Ah Boon, mereka bina satu tugu mini Ah Boon utk memperingatinya. Tugu mini itu terletak di satu tempat duduk yg Ah Boon selalu duduk bila dia bersiap pakai kasut utk turun training. Coach Arul selalu duduk situ menangis sambil bersembang dgn tugu itu seolah2 sembang dgn Ah Boon. Players lain pula, tiap kali tamat latihan, mereka akan lalu tepi tugu sambil berkata "kami blah dulu Boss...". Sedih dgrnya. Rakan2 lain semua masih sedih dan hadir ke majlis pembakaran..

   Dibawah ini aku sertakan gambar rakan2 dan Ketua Menteri Melaka Dato Ir Idris Haron yang melaat mendiang.. dan video dari youtube ketika kejohanan hoki di taman daya johor ketika beliau mewakili skuad kebangsaan..Mendiang dan rakan sepasukannya berterima kasih kepada semua penyokong terutamanya ultras Malaya


http://www.youtube.com/watch?v=r2jbRPfSgGU









Khamis, 1 Ogos 2013

Hari Sedih Untuk Sukan Negara

      Pagi Tadi sebelum pergi ke KUIM untuk menghadiri kuliah aku membuka facebook untuk mengetahui isu semasa. Aku dikejutkan dengan berita kematian pemain hoki negara dan anak negeri Melaka yang bernama Chua Boon Huat. Mendiang Chua dikhabarkan melanggar belakang lori air di lebuhraya damansara pada pukul 3 pagi tadi..Belaiu merupakan Pemain Hoki yang hebat tidak kira di dalam padang mahupun di luar padang..

        Kali terakhir aku bertemu dengan beliau adalah pada tahun lepas semasa berjogging di stadium bukit serindit, beliau seorang yang periang,peramah dan baik terhadap penyokong.. Beliau juga mudah tersenyum.. kehilangan beliau sangatlah dirasai oleh seluruh peminat sukan negara semoga keluarga Mendiang dapat menerima berita ini dengan hati terbuka..

fakta yang menjadi misteri kematian beliau ialah beliau memakai Jersi no 3..diusia 33 tahun..pada jam 3 pagi..3 tahun disingkir kan dari skuad negara..337 caps untuk malaysia.. dan pada tahun 2013 dia telah pergi selamanya...


Gambar kemalangan beliau pagi tadi