Khamis, 1 Ogos 2013

Hari Sedih Untuk Sukan Negara

      Pagi Tadi sebelum pergi ke KUIM untuk menghadiri kuliah aku membuka facebook untuk mengetahui isu semasa. Aku dikejutkan dengan berita kematian pemain hoki negara dan anak negeri Melaka yang bernama Chua Boon Huat. Mendiang Chua dikhabarkan melanggar belakang lori air di lebuhraya damansara pada pukul 3 pagi tadi..Belaiu merupakan Pemain Hoki yang hebat tidak kira di dalam padang mahupun di luar padang..

        Kali terakhir aku bertemu dengan beliau adalah pada tahun lepas semasa berjogging di stadium bukit serindit, beliau seorang yang periang,peramah dan baik terhadap penyokong.. Beliau juga mudah tersenyum.. kehilangan beliau sangatlah dirasai oleh seluruh peminat sukan negara semoga keluarga Mendiang dapat menerima berita ini dengan hati terbuka..

fakta yang menjadi misteri kematian beliau ialah beliau memakai Jersi no 3..diusia 33 tahun..pada jam 3 pagi..3 tahun disingkir kan dari skuad negara..337 caps untuk malaysia.. dan pada tahun 2013 dia telah pergi selamanya...


Gambar kemalangan beliau pagi tadi


 


1 ulasan:

  1. assalam.. setiap yang hidup akan mati.. setiap yang mati perlukan doa..

    takziah buat keluarga pemanian hoki negara Chua Boon Huat.

    anak malaya yang membangunkan nama negara.. mudah2an ada generasi berikut nya yang dapat jadi sepertinya..

    BalasPadam